Monday, May 6, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Hati-hati, kerja pembaikan kalbat di Jalan Kota Batu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan berdekatan dengan Simpang 867, Jalan Kota Batu, Kampung Sungai Belukut mulai hari ini hingga 10 Januari.

    Menurut JKR, penutupan dari pukul 8:30 pagi hingga 5 petang itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan kalbat dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan memperlahankan kenderaan semasa melintasi kawasan berkenaan.

    Lokasi kerja pembaikan kalbat berdekatan Simpang 867, Jalan Kota Batu, Kampung Sungai Belukut. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...