Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Mogok jejas perkhidmatan kereta api

    LONDON, 6 JAN – Penumpang kereta api di Britain berdepan gangguan perkhidmatan yang memasuki hari keempat berturut-turut susulan mogok pekerja yang menuntut penyelesaian segera isu gaji dan suasana pekerjaan.

    Mogok yang dilakukan oleh anggota kesatuan Rel, Maritim dan Pengangkutan (RMT) dan 14 orang pengendali kereta api telah menyebabkan perkhidmatan kereta api di Britain hampir lumpuh, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Setiausaha Agung Kesatuan Aslef, Mick Whelan telah memberi amaran bahawa situasi itu tidak dapat dielakkan dan mogok mungkin akan berterusan jika pertikaian berhubung isu itu tidak segera diselesaikan.

    Beliau mendakwa majikan dan kerajaan hanya “bersandiwara” serta tidak serius untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

    Rundingan dijangka diadakan awal minggu depan tetapi kesatuan sekerja mendakwa kerajaan cuba menghalang perjanjian dengan cubaan campur tangan.

    Bagaimanapun, menteri yang bertanggungjawab menafikan pihaknya cuba untuk campur tangan dalam rundingan tersebut. – Bernama

    Penumpang menggunakan stesen Kings Cross di London, pada 2 Januari 2023, sebelum mogok di National Railways berlaku pada minggu ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...