Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Warganet Malaysia serang Instagram Jay Chou

    Berikutan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung status tempahan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk konsert Jay Chou, penyanyi dari Taiwan itu pula teruk dikecam warganet.

    Tanpa mengetahui hujung pangkal cerita, warganet dari Malaysia bertindak menyerang Instagram penyanyi berusia 43 tahun itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati Jay ‘merampas’ stadium berkenaan bagi menganjurkan konsertnya pada 15 Januari ini.

    Lebih menyedihkan, ramai menunjukkan sikap tidak sopan dengan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat terhadap penyanyi itu malah meminta Jay membatalkan penganjuran konsert tersebut. Bahkan ada yang mempertikaikan mengapa Jay memilih mengadakan konsert di stadium berkenaan memandangkan ia adalah tempat untuk perlawanan bola sepak dan bukannya konsert.

    “Jangan buat konsert di Malaysia, tiada siapa suka kamu di sini. Siapa sebenarnya dia ini? Ini stadium nasional. Harus guna untuk acara nasional. Tidak ada yang lebih besar daripada pasukan kebangsaan Malaysia. Ini stadium bola… sepatutnya khas untuk bola sahaja. Kalau hendak buat konsert, tempahlah stadium lain,” tulis warganet menerusi laman instagram Jay Chou.

    Terdahulu, Hannah memberitahu tempahan stadium untuk konsert Jay Chou telah dibuat pada 13 Mac 2019, manakala tempahan stadium bagi perlawanan bola sepak Piala AFF 2022 pula dibuat pada 18 Ogos 2022. Berikutan konsert Jay menyebabkan sebahagian daripada stadium tersebut terpaksa ditutup pada perlawanan separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Thailand, Sabtu ini. Ekoran penganjuran konsert tersebut, hanya 59,000 tiket diperuntukkan di stadium yang mempunyai kapasiti 80,000 penonton kerana pemasangan pentas di stadium tersebut melindungi pemandangan penonton.

    Bagaimanapun, di sebalik kemarahan segelintir masyarakat Malaysia terhadap isu berkenaan, ada pula meluahkan rasa malu dengan sikap warganet yang secara melulu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Jay yang tidak bersalah dalam hal berkenaan.

    Ada menyifatkan kerana bola masyarakat negara itu dianggap tiada adab sehingga sanggup melemparkan kata-kata kurang elok terhadap orang lain. Ia sekali gus mencerminkan mentaliti penduduk negara itu dan sikap buruk itu perlu segera diubah.

    “Kerana bola, sikap rakyat Malaysia bertukar jadi tiada adab. Hidup mati kerana bola… sumpah seranah semua keluar. Kepada rakyat Malaysia, tolong jadi matang. Jangan malukan negara kita,” tulis warganet”. – Agensi

    Instagram Jay Chou diserang warganet Malaysia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...