Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    HK enggan laksana perintah berkurung tegas

    HONG KONG, 15 FEB – Pemimpin Hong Kong hari ini berkata dia tidak akan mengenakan sekatan ketat perintah berkurung seperti yang dilaksanakan di tanah besar China ketika bandar itu berdepan dengan gelombang koronavirus terburuk setakat ini, malahan dia berikrar akan beralih hidup dengan COVID-19.

    Ucapan tersebut dibuat ketika hospital mula menghadapi tekanan dengan jangkitan yang semakin meningkat dan sekurang-kurangnya dua buah pusat kesihatan menempatkan pesakit di atas katil di luar pintu masuk.

    Tiada negara yang berjaya mengawal dan kembali mencatatkan sifar kes selepas penularan kecuali tanah besar China, yang mengenakan perintah berkurung di seluruh bandar dan arahan besar-besaran untuk terus berada di rumah apabila sebilangan kecil kes dikesan.

    Ketua eksekutif Hong Kong, Carrie Lam menolak langkah tersebut.

    “Kami tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengenakan perintah berkurung sepenuhnya,” dia memberitahu wartawan.

    Tetapi dia juga menolak gesaan daripada pakar kesihatan awam dan tokoh peniagaan untuk beralih kepada strategi pencegahan dan mengatakan sifar-COVID kekal menjadi matlamat pentadbirannya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    20 maut bas jatuh dalam gaung

    KHAPLU, 3 MEI - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung di wilayah pergunungan utara Pakistan, kata polis hari ini. Dalam...