Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Impian Cameroon raih gelaran juara semakin dekat

    DOUALA, 30 JAN – Cameroon mara ke perlawanan separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas Karl Toko-Ekambi menjaringkan dua gol untuk melakar kemenangan 2-0 ke atas Gambia kelmarin dalam perlawanan pertama tuan rumah di kejuaraan tersebut sejak rempuhan maut di Yaounde.

    Pemain penyerang kelahiran Perancis, Toko-Ekambi menjaringkan dua gol dalam lapan minit apabila separuh masa kedua bermula, yang disudahi dengan meraikan kemenangan tersebut di Douala.

    Hasil daripada jaringan golnya telah memberikan Cameroon, yang telah menguasai perlawanan menentang pasukan Gambia yang baharu membuat penampilan pertama bermain di AFCON.

    “Mereka berada di belakang dan menyukarkan kami serta penjaga gol mereka melakukan beberapa penyelamatan hebat pada separuh masa pertama tetapi kami bangkit pada separuh masa kedua, menjaringkan gol dan melihatnya, dan kini kami berbangga berada di perlawanan separuh akhir,” kata Toko-Ekambi.

    Cameroon mara ke perlawanan empat terakhr dengan Mesir atau Maghribi ketika mereka meneruskan usaha mereka untuk merebut gelaran juara benua keenam, mara ke suku akhir adalah prestasi yang luar biasa untuk Gambia.- AFP

    Reaksi pemain Cameroon meraikan gol kemenangan semasa perlawanan suku akhir AFCON antara Gambia dan Cameroon di Stadium Japoma di Douala, 29 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...