Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Iraq dilanda ribut debu ketiga

    BAGHDAD, 20 APRIL – Iraq hari ini dilanda ribut debu ketiga dalam dua minggu, menggantung penerbangan buat sementara waktu di lapangan terbang Baghdad dan Najaf, ketika fenomena cuaca menjadi semakin kerap.

    Udara di Baghdad diliputi lapisan debu tebal warna kelabu dan jingga, sementara agensi berita INA memetik pejabat meteorologi sebagai berkata ribut terbaharu dijangka berakhir esok.

    Penerbangan digantung di lapangan terbang antarabangsa Baghdad disebabkan jarak penglihatan yang teruk.

    Lapangan terbang yang mengadakan penerbangan dari bandar suci Najaf ke bandar selatan juga mengeluarkan satu kenyataan mengumumkan penerbangan telah dibatalkan.

    Dua ribut pasir melanda negara sebelumnya pada April, mengakibatkan puluhan orang dimasukkan ke hospital dengan masalah pernafasan dan menggantung sementara penerbangan di beberapa lapangan terbang.

    “Abu menjejas seluruh negara terutama-nya rantau tengah dan selatan,” beritahu Amer al-Jabri, pegawai di pejabat kaji cuaca Iraq, kepada AFP.

    “Iraq sedang menghadapi kekacauan dan mengalami kekurangan hujan, ketandusan gurun dan ketiadaan kawasan hijau di bandar,” katanya.

    Iraq mudah terdedah kepada perubahan iklim, setelah menyaksikan turunan hujan yang amat rendah dan suhu tinggi dalam beberapa tahun ini. – AFP

    Gambar menunjukkan pemandangan kubah dan menara masjid Mazhar al-Shawi berdekatan zon hijau di ibu negara Baghdad di Iraq semasa ribut debu kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...