Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Suhu panas jejas jualan durian Thailand

    CHANTHABURI, 5 MEI – Cuaca panas ekstrem yang melanda Asia Tenggara kini menjejaskan peladang Raja Buah di sini.

    Gelombang haba yang melanda Asia Tenggara telah menyebabkan hasil buah yang lebih kecil dan kos meningkat, menjadi punca peladang dan penjual semakin panik apabila pemanasan global merosakkan industri.

    “Tahun ini adalah krisis,” beritahu petani durian Busaba Nakpipat kepada AFP.
    Lelaki berusia 54 tahun yang terkesan akibat cuaca itu mengambil alih ladang ibu bapanya di timur wilayah Chanthaburi, kawasan durian di Thailand sejak tiga dekad lalu.

    “Jika cuaca panas terus meningkat pada masa hadapan, ia akan berakhir. Petani tidak akan dapat mengeluarkan durian lagi,” katanya.

    Musim durian biasanya bermula Mac hingga Jun, tetapi suhu tinggi di wilayahnya sekitar 40 darjah Celsius selama beberapa minggu dan cuaca kemarau telah memendekkan tempoh penuaian.

    Gambar menunjukkan bakul durian di pasar buah borong Noen Sung di wilayah Chanthaburi timur Thailand. – AFP

    Busaba berkata cuaca panas menyebabkan durian, yang dinilai mengikut berat dan saiz, masak lebih cepat dan tidak membesar sepenuhnya.

    “Kualiti durian tidak memenuhi standard,” katanya.

    Tambah Busaba, bukan sahaja dia mendapat pulangan kecil untuk tanaman itu, kos operasi Busaba juga telah meningkat.

    Sejak Mac kemarau telah mengeringkan air telaga, jadi untuk memastikan pokok durian berharga hidup, Busaba terpaksa membawa masuk beribu-ribu liter air dengan trak.

    “Kami perlu membayar 10 lori untuk 120,000 liter air untuk sekali menyiram seluruh 1.6 hektar ladang kami,” katanya yang mengulangi proses itu setiap hari, dengan kos beribu-ribu dolar.

    “Kami telah berdoa untuk hujan. Tetapi tidak ada hujan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...