Wednesday, May 8, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Irving menyerlah, Nets benam Hornets

    LOS ANGELES, 9 MAC – Kyrie Irving bangkit untuk mencatat 50 mata ketika Brooklyn Nets menamatkan kekalahan empat perlawanan berturut-turut dengan kemenangan 132-121 ke atas Charlotte Hornets semalam.

    Permainan 50 mata kelima dalam kerjaya Irving diraih disebabkan prestasi jaringan hebat, dengan 15 daripada 19 percubaan pemain All-Star itu dilakukan dari dalam gelanggang termasuk sembilan dari luar lengkung.

    The Nets meningkat kepada 33-33 dengan kemenangan, yang mengekalkan mereka di landasan baik untuk satu tempat dalam kejohanan akhir musim.

    Sementara itu, Brooklyn berada di tangga kelapan dalam senarai kedudukan Eastern Conference, di depan Hornets di tempat kesembilan.

    Irving disokong Andre Drummond, yang menjaringkan 20 mata dan mengutip 14 rebound, sementara Kevin Durant dan Bruce Brown mencatat 14 mata masing-masing. “Ia sungguh istimewa sepanjang perlawanan,” kata Irving.

    Kyrie Irving (kiri) dikawal oleh LaMelo Ball dalam perlawanan di antara Brooklyn Nets dan Charlotte Hornets di Spectrum Center pada 8 Mac di Charlotte, Carolina Utara. – AFP

    “Kami memulakan perlawanan dengan penuh keazaman, pelan permainan hebat dan kami bermain amat agresif sepanjang perlawanan.

    “Itulah yang membuat awda rasa hebat, awda benar-benar mahu mendominasi pada awal perlawanan dan itulah yang kami lakukan malam ini.

    “Kami memerlukannya. Kami memerlukan semua orang. Ia adalah usaha berpasukan. Ia bukan mengenai seorang individu. Prestasi cemerlang tetapi ia adalah mengenai pasukan dan kami beraksi lebih baik secara kolektif.”

    Jurulatih Nets Steve Nash berasa teruja dengan prestasi pasukannya.

    “Kami menunjukkan tahap permainan apabila kami bermain bersungguh-sungguh,” kata Nash, memuji Irving yang berjaya meraih 50 mata.

    “Dia pemain luar biasa. Ia adalah kemuncak kerjaya setiap malam. Jelasnya kami mempunyai seorang pemain istimewa di tangan kami dan malam ini dia amat cekap dan sukar untuk dipertahankan,” kata Nash.

    Nets kini berdepan Philadelphia 76ers esok, menandakan pertemuan semula dengan James Harden, yang dipindah dari Nets pada Januari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...