Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    PSW lancar kaji selidik sempena Hari Wanita

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam (PSW) sedang menyelenggarakan satu kaji selidik mengenai keganasan terhadap wanita yang mana majlis pelancaran kaji selidik tersebut berlangsung kelmarin.

    Pelancaran berkenaan adalah sempena memperingati Hari Wanita Antarabangsa 2022, yang diraikan pada 8 Mac setiap tahun dan tema tahun ini adalah ‘Kesaksamaan Jantina Hari Ini untuk Hari Esok yang Mampan’ dengan tema #BreakTheBias.

    Di majlis itu, Yang Di-Pertua PSW, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin, menyeru dan mengalu-alukan orang ramai khususnya rakyat atau mereka yang bermastautin (semasa kejadian) di Negara Brunei Darussalam, untuk turut-serta menjawab soalan-soalan kaji selidik. Ia dihasratkan akan dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai tentang skop keganasan terhadap wanita (VAW) di Negara Brunei Darussalam dalam tempoh 15 tahun yang lalu.

    Selain memahami pengalaman wanita Brunei yang telah menjadi mangsa pelbagai jenis keganasan seperti seksual, fizikal dan emosi, dan punca, akibat dan kesan VAW terhadap mangsa dan masyarakat.

    Oleh itu, kaji selidik tersebut adalah bagi mendapatkan hasil rumusan untuk dijadikan cadangan-cadangan pembaikan supaya dapat dipertimbangkan oleh agensi-agensi yang berkenaan dalam menangani VAW di Negara Brunei Darussalam.

    Maklum balas dari kaji selidik ini sangat menggalakkan setelah pelancarannya, jelas, yang dipertua PSW.

    Kaji selidik berkenaan boleh dijawab dalam satu bahasa saja sama ada Bahasa Melayu atau Inggeris dan tempoh menjawab semua soalan dalam kaji selidik hanya akan mengambil masa antara lima hingga 10 minit.

    Pengiran Hajah Zabaidah bagi pihak PSW tidak lupa mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang turut sama menjayakan kaji selidik itu dan menyarankan supaya menganggap penyertaan sebagai salah satu khidmat sumbangan kepada masyarakat.

    Borang kaji selidik berkenaan boleh didapatkan pada pautan berikut bagi pilihan Bahasa Melayu, https://tiny.cc/pswIWDm manakala pada pautan https://tiny.cc/pswIWDe bagi pilihan Bahasa Inggeris.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...