Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Isu pembakaran Al-Quran, Denmark akan teruskan dialog dengan Negara-Negara Islam

    LONDON, 1 OGOS – Denmark pada kelmarin mengambil maklum mengenai pengisytiharan terbaharu oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) rentetan penghinaan terhadap al-Quran baru-baru ini, sambil menyatakan ia akan meneruskan dialog rapat dengan negara anggotanya.

    “Denmark telah mengecam pembakaran al-Quran baru-baru ini dan sedang meneroka kemungkinan campur tangan dalam situasi istimewa membabitkan kebebasan bersuara Denmark,” lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen dalam Twitter.

    Kenyataan itu dikeluarkan selepas sesi Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC ‘mengutuk sekeras-kerasnya’ pembakaran Al-Quran baru-baru ini di Sweden dan Denmark, dan menyatakan ‘kekesalan mendalam’ bahawa insiden itu terus dibenarkan oleh pihak berkuasa.

    Dalam satu kenyataan lewat Ahad, kerajaan Denmark memaklumkan “oleh itu ia akan meneroka kemungkinan campur tangan dalam situasi khas di mana, sebagai contoh, negara, budaya dan agama lain dihina, dan di mana ia boleh membawa kesan negatif yang ketara kepada Denmark, tidak kurang juga berkenaan dengan isu keselamatan”, menurut laporan itu.

    Beberapa bulan kebelakangan ini perbuatan membakar atau mencemarkan Al-Quran atau cubaan berbuat demikian oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara Eropah utara dan Nordik berlaku semakin kerap.

    Walaupun mendapat kecaman dan bantahan yang meluas, serangan terhadap Al-Quran berterusan pada Isnin di Denmark dan Sweden.

    Di Copenhagen, ibu negara Denmark, anggota kumpulan anti-Islam dan ultra nasionalis Danske Patrioter (Patriot Denmark) membakar salinan kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Saudi.

    Sementara itu, Salwan Momika, seorang pelarian Iraq berusia 37 tahun yang tinggal di Sweden, membakar satu lagi naskhah Al-Quran di hadapan Parlimen Sweden dan menuntut supaya Islam diharamkan di negara itu. – Bernama

    Penunjuk perasaan di Iraq cuba menyeberangi jambatan Jumhuriya menuju ke Zon Hijau, di mana kedutaan Denmark berada, tetapi ditolak oleh pasukan keselamatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...