Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Sepanyol batal hadiah laga lembu kebangsaan

    MADRID, 5 MEI – Kerajaan berhaluan kiri Sepanyol berkata Jumaat lalu bahawa ia akan membatalkan hadiah kebangsaan untuk laga lembu, satu tindakan yang menimbulkan kemarahan penyokong pertandingan kontroversi itu tetapi disambut baik oleh kumpulan hak asasi haiwan.

    Semakin ramai orang Sepanyol telah mengambil berat tentang kebajikan haiwan, jadi ‘kami tidak percaya adalah wajar untuk mengekalkan anugerah yang memberi ganjaran kepada satu bentuk penganiayaan haiwan,’ kata Menteri Kebudayaan, Ernest Urtasun, yang merupakan anggota parti Sumar, rakan gabungan muda Perdana Menteri Sosialis, Pedro Sanchez.

    “Saya rasa mereka kurang faham bahawa bentuk penyeksaan haiwan ini diberi ganjaran pingat dan hadiah menggunakan wang awam,” tambahnya semasa wawancara dengan televisyen swasta La Sexta.

    Hadiah tahunan, yang diwujudkan pada 2011 di bawah kerajaan Sosialis terdahulu dan pertama kali dianugerahkan pada 2013, memberikan 30,000 euro (AS$32,000) kepada pemenang.

    Matador terkenal seperti Enrique Ponce dan Julian Lopez, yang dikenali sebagai ‘El Juli’ telah memenangi hadiah itu sebelumnya.

    Laga lembu mengekalkan sesetengah penyokong yang taksub di Sepanyol dan matador terkemuka dianggap sebagai selebriti.

    Tetapi daya tarikan besar-besaran amalan itu telah pudar dan tinjauan pendapat menunjukkan sikap tidak berminat yang semakin meningkat di seluruh negara itu, terutamanya dalam kalangan golongan muda. – AFP

    Laga lembu masih mempunyai penyokong yang taksub di Sepanyol dan matador terkemuka dianggap sebagai selebriti. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...