Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Lelaki disyaki pukul isteri hingga mati ditahan

    SERDANG, 1 OGOS – Lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga mati dalam kejadian di Kajang, bulan lepas ditahan petang semalam ketika menyembunyikan diri di Senai, Johor, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

    Hussein berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

    “Suspek dipercayai cuba bersembunyi daripada pihak polis dengan melarikan diri ke Johor, namun hasil risikan, kita berjaya mengesan lokasi persembunyian,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Ulangtahun Polis Bantuan ke-7 Sime Darby Property Berhad di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia di Serdang, hari ini.

    Menurutnya, lelaki berumur 32 tahun itu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

    Dalam kejadian pada 23 Julai lepas, seorang wanita dipercayai mangsa kes pukul dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kajang.

    Polis menerima laporan berhubung kematian mangsa daripada seorang jururawat di hospital berkenaan, selepas menyedari wanita itu tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia dengan mempunyai beberapa kesan lebam dan kecederaan di badan.

    Dalam perkembangan lain, Hussein berkata setakat tahun ini, polis Selangor telah menerima sebanyak 17 laporan berhubung ajaran sesat Si Hulk.

    “Siasatan mendapati pengikut-pengikut ajaran sesat Si Hulk kini tidak lagi berada di Selangor, berkemungkinan telah ke luar negara,” katanya.

    Baru-baru ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan fahaman serta ajaran yang diasaskan Suhaini Mohammad atau Si Hulk adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam kerana antara lain mendakwa Nabi Muhammad S.A.W. ialah tuhan. – Bernama

    – Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...