Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Itali wajibkan vaksin untuk warga emas

    ROM, 6 JAN – Kerajaan Itali kelmarin berkata mereka akan mewajibkan pengambilan suntikan COVID-19 bagi golongan yang berusia 50 tahun ke atas bermula 15 Februari sebagai usaha untuk melawan penularan jangkitan.

    “Kami ingin memperlahankan lengkungan jangkitan dan menggalakkan penduduk Itali yang belum menerima vaksin untuk berbuat demikian,” kata Perdana Menteri, Mario Draghi semasa pertemuan kabinet.

    “Kami sedang berusaha untuk memberikan vaksin kepada golongan sasaran yang paling berisiko untuk dimasukkan ke hospital, bagi mengurangkan bebanan di hospital untuk menyelamatkan nyawa,” tambahnya.

    Perintah baharu itu dikuatkuasakan ke atas golongan berusia lebih 50 tahun yang tidak bekerja untuk mendapatkan vaksin, dan mereka yang tidak menerima pas vaksin – yang merangkumi kesemua penduduk berusia 50 tahun ke atas.

    Dalam kenyataan berasingan, kerajaan berkata ‘pas vaksin akan diperlukan untuk mereka yang berumur lebih 50 tahun di sektor awam dan swasta bagi mengakses tempat kerja mereka bermula 15 Februari’.

    Dari 59 juta penduduk Itali, 28 juta adalah mereka yang tergolong dalam usia 50 tahun ke atas, menurut agensi statistik kebangsaan, Istat.

    Bulan lalu, pihak kerajaan berkata bahawa bermula 10 Januari pas vaksinasi akan dimestikan untuk digunakan di pengangkutan awam dan memasuki hotel, restoran dan gim. – AFP

    Bermula 15 Februari, Itali akan mewajibkan pengambilan suntikan COVID-19 kepada golongan yang berusia 50 tahun ke atas sebagai usaha membendung jangkitan.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah ditutup di Manipur, India susulan hujan lebat

    NEW DELHI, 6 MEI - Semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan kolej akan kekal ditutup di negeri Manipur, timur laut India sehingga esok berikutan...