Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Spurs ‘hadiahkan’ dua gol mudah kepada chelsea

    LONDON, 6 JAN – Gol mudah diboloskan pemain pertahanan Tottenham, memberikan Chelsea kelegaan sambil memudahkan Romelu Lukaku kembali ke dalam pasukan.

    Bagi Antonio Conte, bagaimanapun, ia adalah malam kekecewaan sekembalinya ke Stamford Bridge empat tahun selepas dipecat oleh Chelsea ketika Tottenham tewas 2-0 pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Liga mereka kelmarin.

    Sepakan Kai Havertz selepas lima minit secara tidak sengaja dialihkan ke gawang sendiri oleh Davinson Sanchez.

    Lebih tidak masuk akal ialah gol sendiri pada minit ke-34 selepas Hakim Ziyech menendang sepakan percuma ke dalam kawasan penalti. Tiada pemain Chelsea di sekitar dua pemain Tottenham, Japhet Tanganga dan Ben Davies apabila aksi lucu mereka telah menghadiahkan gol kedua kepada tuan rumah. Percubaan Tanganga untuk melakukan tandukan dari bahu Davies melepasi penjaga gol mereka sendiri, Hugo Lloris.

    “Kami mencuba untuk memperbaiki personaliti, mencuba untuk mengurangkan kesilapan semasa perlawanan,” kata Conte. “Jangan lepaskan bola itu. Ini adalah satu proses dan saya ulang, saya inginkan dengan jelas dalam perlawanan yang kami mainkan ini apabila saya mengetuainya, jika awda analisis perlawanan, kami bergelut.”

    Reaksi Kai Havertz meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pembukaan pasukannya semasa perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris antara Chelsea dan Tottenham Hotspur di stadium Stamford Bridge di London, 5 Januari. – AP

    Masih ada perlawanan kedua untuk mengubahnya pada Rabu depan, kembali di padang tuan rumah Tottenham. Tetapi perjalanan ke barat London kelmarin, dua bulan selepas dibimbing Conte, mengukuhkan keperluan untuk membina semula pasukan tanpa gelaran sejak Piala Liga 2008 itu.

    “Permainan jenis ini boleh menunjukkan jurang dalam perbezaan,” ujar Conte. “Kami banyak bergelut dan mereka menunjukkan bahawa mereka lebih kuat berbanding kami. Yang pasti, kami kecewa.”

    Mengumpul trofi, seperti yang dilakukan oleh Conte dalam Liga Perdana dan Piala FA adalah sesuatu yang biasa bagi juara bertahan Eropah, Chelsea. Begitu juga gangguan di luar padang sekali-sekala.

    Kemarahan Lukaku dalam temu bual yang disiarkan minggu lalu, di mana dia berkata dia tidak berpuas hati dengan cara dia digunakan oleh Tuchel, menyebabkan pemain rekod pembelian kelab itu digugurkan untuk undian Liga Perdana menentang Liverpool pada Ahad nanti.

    Kembali kepada pasukan selepas meminta maaf, pemain penyerang Belgium itu bermain dengan tenang semasa separuh masa pertama dengan bebe-rapa sentuhan sehingga mempunyai peluang untuk menanduk masuk sepertiga masa sebelum rehat. Pada separuh masa kedua, dia berjaya melakukan sepakan ke arah Lloris. Paling ketara, tiada sebarang perbezaan pendapat terhadapnya daripada penyokong Chelsea sendiri. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...