Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Izzah Atirah terima tuah berganda di Kemboja

    PHNOM PENH, 8 JUN – Atlet goalball, Izzah Atirah Tajuddin, tersenyum apabila bukan sahaja menghadirkan pingat pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023, malah beliau menerima khabar gembira keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. 

    Atlet berusia 18 tahun itu cemerlang membantu pasukan wanita meraih pingat gangsa selepas membenam skuad Indonesia 3-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Olimpik, di sini, hari ini. 

    Izzah Atirah atau lebih mesra disapa ‘Tira’ berkongsi ibunya, Norazlina Ibrahim, 44, mengirimkan pesanan mengenai keputusan SPM beliau iaitu 7A (1A+ 3A- 3A) dan 1B dalam aliran perniagaan dan sains sukan sekitar 10 pagi tadi waktu Malaysia. 

    “Semalam memang ada cakap dekat ibu biar saya sendiri yang tengok keputusan tetapi ibu seronok untuk lihat dan berkongsi berita itu dengan saya sebelum pertandingan bermula. 

    “Jadi masa permainan tadi memang saya cuba sehabis baik sebab saya pemain posisi kiri dan kanan. Memang ada banyak serangan dari Indonesia tapi kami berjaya tepis semua halangan itu,” kata anak kedua dari lima adik-beradik itu. 

    Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan MK Tun Hussein Onn, Johor, itu bergandingan bersama Nur Amalina Hares; Nur Shazatul Nadhirah Mohd Shuhaidi; Athirah Azman; Lim Zi Ling dan Nurin Amalin Ishak dalam acara goalball pasukan wanita untuk menamatkan cabaran di kedudukan ketiga di bumi Kemboja. – Bernama

    Izzah Atirah Tajuddin bukan sahaja menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia menerusi acara pasukan wanita pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023, malah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn Johor itu turut menerima keputusan cemerlang SPM iaitu 7A, 1B ketika ditemui media di sini kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...