Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Nicol terima Anugerah Reader’s Digest 2023

    KUALA LUMPUR, 8 JUN – Legenda skuasy wanita Malaysia, Dauk Nicol David dinobatkan  sebagai pemenang anugerah Personaliti Sukan Paling Dipercayai di Malaysia Reader’s Digest 2023, semalam.

    Berkongsi penghormatan tersebut dalam Facebook rasminya, Nicol, 39, berkata beliau amat bangga kerana telah diundi dalam kategori ini sehingga membuktikan kerjaya, ketelusan dan perwakilannya dipercayai oleh semua rakyat Malaysia.

    “Saya rasa sungguh istimewa selepas empat tahun bersara dan seperti yang awda tahu kehidupan dan tumpuan penuh kini terhadap yayasan saya dalam pembangunan akar umbi dalam sukan tersebut.

    “Terima kasih Malaysia, awda terus memberikan saya kebahagiaan dan terima kasih Reader’s Digest,” katanya.

    Bekas ratu skuasy Malaysia itu turut menyebut bagaimana ibu bapanya percaya terhadap sikap boleh dipercayai lebih penting daripada gelaran, justeru anugerah yang diterima malam tadi merupakan salah satu pencapaian terbesar dalam hidupnya.

    “Saya amat rendah hati bahawa Malaysia dapat melihat nilai ini dalam diri saya dan akan terus berusaha gigih untuk menyumbangkan kembali kepada negara yang telah banyak memberi sumbangan dan sokongan terhadap saya,” kata bekas juara dunia sebanyak lapan kali itu. – Bernama

    Nicol berbangga dengan salah satu pencapaian terbesar dalam hidupnya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...