Monday, May 6, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Jangan terpedaya penyebaran maklumat palsu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) mengesahkan bahawa kementerian berkenaan tidak pernah mengeluarkan surat atau dokumen ataupun meluluskan apa jua skim pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan yang besar.

    Pada masa yang sama, MOFE juga tidak akan melantik sebarang agensi atau individu untuk mengendalikan kutipan cukai melalui pembayaran dalam talian kepada akaun persendirian.

    Penerangan itu dibuat oleh MOFE dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, berikutan kementerian berkenaan telah menerima beberapa aduan daripada orang awam mengenai satu dokumen yang didakwa telah dikeluarkan oleh MOFE untuk menyelesaikan cukai pelaburan melalui pegawai tertentu.

    Bahagian Hasil di MOFE ingin memaklumkan bahawa pembayaran bagi cukai-cukai pendapatan lazimnya dibuat melalui kaunter-kaunter pembayaran di Bahagian Hasil di Tingkat 1, Kementerian Kewangan dan Ekonomi ataupun pembayaran bil melalui kaedah aplikasi dalam talian bank yang berkenaan.

    Bagi Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), bayaran kepada BIDB Payee ‘Stars Tax Payment for MOFE Revenue Div’ atau Bagi Bank Baiduri, bayaran kepada Baiduri Biller ‘System for Tax Administration and Revenue Services STARS’. Pihak kementerian menyatakan lagi bahawa laporan kepada pihak berkuasa telah dibuat untuk menyiasat kes penyebaran maklumat palsu berkenaan.

    Orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghubungi Unit Korporat Komunikasi, MOFE, di talian 2380999 atau melalui e-mel, pr@mofe.gov.bn jika terdapat maklumat yang mencurigakan.

    MOFE juga menegaskan bahawa mana-mana pemalsuan bagi maksud hendak menipu boleh dikenakan denda dan dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun di bawah Bab 468 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...