Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    14 anak damit dilahirkan pada HUT ABDB

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Seramai 14 orang anak damit telah dilahirkan pada Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-62 di seluruh negara, kelmarin.

    Daripada jumlah berkenaan, 12 anak damit telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Bandar Seri Begawan manakala itu, dua lagi di Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait. Setiap anak damit telah menerima cenderahati sumbangan daripada ABDB dan Badan Kebajikan Isteri-isteri ABDB (BAKTI). Penyampaian cenderahati pada majlis yang berlangsung di Hospital RIPAS telah disempurnakan oleh Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, isteri kepada Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, isteri Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei.

    Sementara itu, Dr Hajah Dayang Suzana binti Haji Awang Adenan, isteri kepada Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei menyampaikan cenderahati di Hospital SSB, Kuala Belait. Turut hadir pada majlis-majlis yang diadakan serentak tersebut ialah pegawai-pegawai ABDB, ketua-ketua pegawai eksekutif berserta kakitangan hospital-hospital, dan ahli-ahli jawatankuasa tadbir BAKTI.

    Majlis berkenaan merupakan acara tahunan bagi menyambut kelahiran anak-anak damit pada setiap 31 Mei sempena HUT ABDB.

    Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, isteri kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyampaikan cenderahati kepada ibu anak damit yang dilahirkan pada Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB ke-62 di Hospital RIPAS. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Datin Ummisyafinah ketika menghadiri majlis penyampaian cenderahati yang berlangsung di Hospital RIPAS.
    Antara anak damit yang diraikan pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...