Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Jawatan impian tiada sambutan

    WELLINGTON, 19 OKT – Menyelamatkan spesies burung terancam dan berulang alik menaiki helikopter di New Zealand mungkin kedengaran seperti pekerjaan idaman, tetapi setakat ini tugas untuk melindungi burung yang jarang ditemui tidak banyak menerima permohonan.

    Jabatan Pemuliharaan di sebuah bandar kecil, Haast – yang terletak di pinggir barat Taman Negara Gunung Aspiring – hanya menerima tiga permohonan setakat ini bagi jawatan tersebut, menurut pengurus operasi, Wayne Costello.

    Meskipun kawasan pergunungan Haast dan kawasan sekitar wilayah itu ‘sangat cantik’, namun Costello menjelaskan pekerjaan itu mempunyai beberapa perkara yang kurang menarik orang ramai. “Ia agak terpencil,” katanya.

    Pasar raya paling dekat memerlukan pemanduan selama dua jam, dan untuk menuju ke hospital terdekat mengambil masa empat jam menaiki kereta.

    Jika kawasan permukaan bumi yang tidak rata dan terpencil tidak menjadi satu halangan, “pantai barat adalah dunia impian bagi penggemar aktiviti luar,” kata Costello.

    Jawatan penyelia biodiversiti melibatkan rondaan landskap yang luar biasa dan menjaga burung kiwi, penguin dan biawak.

    “Fokus utama pekerjaan ini ialah untuk membimbing sebuah kumpulan bagi menyelamatkan spesies kiwi New Zealand yang jarang ditemui, Haast tokoeka,” jelas Costello.

    Jumlah populasi burung kiwi itu adalah kira-kira 500 ekor dan ia sukar untuk dijejak, katanya.

    “Beberapa kawasan awda perlu menaiki bot jet, dan selalunya menaiki helikopter kerana kawasan agak terpencil dan mencabar.”- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...