Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Argentina lulus AS$21.7 juta

    BUENOS AIRES, 19 OKT – Argentina kelmarin meluluskan beberapa siri bidaan untuk memasang peralatan tenaga solar di 19 wilayah sebagai dorongan kepada projek tenaga boleh diperbaharui yang dibiayai Bank Antarabangsa untuk Pembinaan dan Pembangunan (IBRD).

    Sekretariat Tenaga di bawah Kementerian Ekonomi meluluskan bidaan awam untuk membekal dan memasang peralatan tenaga solar di sekolah, rumah dan bangunan lain dengan anggaran kos AS$21.7 juta, lapor Xinhua.

    Inisiatif itu sebahagian daripada Projek Tenaga Boleh Diperbaharui Argentina untuk Kawasan Luar Bandar (Pemer) dan memperoleh pembiayaan AS$200 juta daripada IBRD Bank Dunia, memetik Agensi Berita Telam.

    Projek ini dijangka memanfaatkan kawasan luar bandar di wilayah Buenos Aires, Catamarca, Chaco, Chubut, Cordoba, Corrientes, Entre Rios, Formosa, Jujuy, La Pampa, Misiones, Neuquen, Rio Negro, Salta, San Juan, Santa Cruz, Santiago del Estero, Tierra del Fuego dan Tucuman.

    Matlamatnya untuk menyediakan tenaga boleh diperbaharui kepada komuniti luar bandar yang tidak mendapat akses kepada grid tenaga negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...