Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Johnson bakal batalkan sekatan COVID-19

    LONDON, 21 FEB – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson hari ini bakal mengumumkan berakhirnya kesemua undang-undang pembendungan pandemik di England, menegaskan tiba masanya untuk beralih meskipun mendapat tentangan politik dan perasaan kurang senang daripada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Dua tahun selepas COVID-19 mencetuskan krisis kesihatan terburuk, Johnson akan menyampaikan ucapan di parlimen untuk membentangkan rancangannya, bagi terus bergerak ke hadapan meskipun pada Ahad media melaporkan bahawa Ratu Elizabeth II disahkan positif COVID-19 buat kali pertama.

    Ratu Elizabeth II mengalami ‘gejala ringan seperti demam’ namun dijangka akan meneruskan ‘tugasan ringan’ minggu ini, menurut kenyataan Istana Buckingham.

    Parti-parti pembangkang menuduh perdana menteri Britain itu cuba mengalihkan perhatian awam, ketika pemerintahannya terjejas dengan polis menjalankan siasatan terhadap pelanggaran arahan perintah berkurung dengan mengadakan pesta di Downing Street.

    Johnson juga dituduh ingin menenangkan parti konservatifnya yang tidak puas hati di mana mereka melihatnya sebagai sekatan terhadap kebebasan awam.

    “Hari ini akan menandakan saat membanggakan selepas salah satu tempoh paling sukar dalam sejarah negara ketika kita mula belajar untuk hidup bersama COVID-19,” katanya pada hari ini sebelum pertemuan kabinet pada sebelah pagi.

    “Pandemik masih belum berakhir, tetapi hasil daripada penagihan vaksin, kita kini semakin dekat untuk kembali kepada keadaan normal dan akhirnya mengembalikan semula kebebasan awam sementara melindungi diri kita dan orang lain.”

    Di bawah perancangan, kerajaan berkata ia minggu ini berhasrat untuk mengakhiri undang-undang yang diwajibkan ke atas orang ramai untuk menjalani pengasingan diri apabila dijangkiti koronavirus.

    Ia berkata pihak berkuasa tempatan akan dimestikan untuk mengawal penularan lanjut dengan kuasa undang-undang sedia ada, dan dijangka untuk menghapuskan ujian percuma
    COVID-19 untuk orang awam. – AFP

    Seorang lelaki melepasi papan tanda keluar pandemik di Britain. Perdana Menteri Britain, Boris Johnson (gambar sisipan) berkata dia akan membatalkan kesemua undang-undang pembendungan pandemik di England, menegaskan tiba masanya untuk beralih.- AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah ditutup di Manipur, India susulan hujan lebat

    NEW DELHI, 6 MEI - Semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan kolej akan kekal ditutup di negeri Manipur, timur laut India sehingga esok berikutan...