Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Syarikat didenda $500 buang sampah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 21 FEB – Sebuah syarikat telah dikenakan denda $500 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana melakukan kesalahan membuang dan meninggalkan bekas-bekas bahan binaan di Kampung Mumong, Daerah Belait.

    Salishah & Sons (B) Sdn Bhd telah melakukan kesalahan Bab 12 (1) (f)(ii) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Miscellaneous, Penggal 30. Menurut kenyataan yang diberikan, jika gagal menjelaskan bayaran denda kompaun, syarikat berkenaan boleh didakwa di mahkamah di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Dalam kenyataan itu, JASTRe mengingatkan mana-mana individu, orang awam atau mana-mana syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Bekas-bekas bahan binaan kelihatan dibuang di satu kawasan di Kampung Mumong, Daerah Belait. – Gambar serahan JASTRe
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...