Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hero berwajah ‘jambu’ kembali cetus polemik

    Suatu ketika dahulu, pelakon senior, Haliza Misbun pernah menyuarakan pandangan mengenai isu hero Melayu didakwa lembik, miliki bakat terhad dan ‘stereotaip’ hingga mencetuskan polemik.

    Meskipun isu reda selepas industri drama dan perfileman menampilkan hero memiliki ciri-ciri ‘kejantanan’, namun kemunculan hero berwajah ‘jambu’ agak membimbangkan ketika ini.

    Bukanlah cuba menidakkan bakat atau tidak memahami konsep rezeki, namun apabila pelakon berperwatakan sebegitu diberi keutamaan menghiasi kebanyakan drama atau filem, adakah ini bermakna cita rasa penonton sudah berubah?

    Menjawab pertanyaan itu, pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad enggan menyalahkan mana-mana pihak apabila dunia lakonan dibanjiri pelakon berwajah ‘jambu’.

    Menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu aliran yang tidak bersifat kekal, Fahrin berkata, situasi sama berlaku di Hollywood.

    Fahrin enggan menyalahkan mana-mana pihak apabila dunia lakonan dibanjiri pelakon berwajah ‘jambu’, malah menganggapnya sebagai aliran yang tidak kekal. – Agensi

    “Berhubung isu pelakon berwajah ‘jambu’, saya percaya setiap orang mempunyai pandangan tersendiri. Suatu ketika dahulu, saya pernah risau apabila hero ditampilkan mendapat pengaruh dari budaya K-Pop.

    “Namun, ia tidak bermaksud pelakon berwajah jambu tidak langsung mempunyai ciri-ciri kejantanan. Dan aliran ini tidak ada salah atau betulnya.

    “Sebenarnya, masih ada penonton yang menghargai pelakon memiliki ciri kejantanan dan kemelayuan.

    “Walaupun menggemari pelakon berwajah ‘jambu’, namun ciri-ciri disebut tetap didambakan,” katanya kepada BH Online.

    Tambah pelakon drama rantaian Khilaf Asmara ini, perkara itu bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga dialami industri perfileman Hollywood.

    “Ia bukan terjadi di Malaysia, tetapi arus perubahan turut melanda Hollywood. Dahulu, ramai hero jantan seperti Sylvester Stalone.

    “Namun, kemudiannya hero berwajah ‘jambu’ mengambil alih, antaranya Ashton Kutcher. Ini adalah satu kitaran dan akhirnya akan berbalik kepada pilihan peminat,” tambahnya lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...