Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Haneesya Hanee pelik nama kena petik netizen

    Pelakon dan model Malaysia, Haneesya Hanee tampil menjawab tuduhan netizen yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan dengan pelakon Aliff Aziz.

    Ia susulan foto mirip pelakon Aliff Aziz menaiki bas bersama seorang wanita yang dikatakan adalah dirinya.

    Memetik laporan mStar, Haneesya atau Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 24, menjawab mengenai perkara itu, menyangkal perkara tersebut selain meminta netizen tidak membuat tuduhan melulu.

    Katanya, beliau tidak perlu bersusah payah menaiki bas memandangkan memiliki kereta sendiri.

    “Jangan petik-petik nama aku. Mak aku marah. Sebelum nak menuduh itu, cuba fikir dulu, fikir dulu biar betul dulu sebelum nak menuduh, nak memfitnah ini.

    “Aku ini ada kereta tau, kereta aku selesa, aku boleh baring boleh letak kaki, boleh buka lagu. Buat apalah aku nak naik bas,” katanya.

    Haneesya berkongsi perkara itu menerusi sebuah video di TikTok miliknya pada petang Ahad.

    Menurut Haneesya, apa yang berlaku ketika ini tiada kaitan dengan beliau sebaliknya bahagia bersama keluarga.

    Malah beliau juga sentiasa mengikuti perkembangan kontroversi yang sedang hangat diperkatakan.

    “Keduanya, hanya sebab mereka berdua berkawan baik… janganlah kau cari aku, apa kaitan dengan aku. Lah tiba pulak aku kena petik.

    “Aku aman damai bersama keluarga aku, tiba pulak dah benda alah ini.

    “Yang lagi kelakar, setiap malam aku berdiskusi dengan mak aku tentang isu Aliff Aziz ni, sudah itu pulak nama aku yang kena petik,” jelasnya.

    Sementara itu, beliau juga berharap orang ramai tidak terlalu taksub dengan kontroversi yang hangat ketika ini sehingga turut membabitkan nama orang yang tidak bersalah.

    Sebelum ini, kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendakwa mengenali individu yang duduk bersama Aliff di dalam bas.

    Meskipun tidak mendedahkan nama wanita berkenaan namun rata-rata netizen menyebut individu tersebut adalah Haneesya.

    Pada 24 April lalu, isu membabitkan Aliff bertambah panas apabila Sarah mendedahkan pelbagai mesej perbualan dipercayai milik pelakon itu dengan seorang individu yang dinamakan sebagai ‘NRF’ sehingga ia turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice.

    Pendedahan itu dibuat selepas Sarah mengaku beliau ialah kekasih Aliff dan terpanggil untuk mendedahkan identitinya selepas tidak tahan melihat aktor itu dihentam teruk susulan kes khalwat. – Agensi

    Haneesya sangkal dakwaan miliki hubungan dengan Aliff Aziz. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua maut ditikam di sekolah rendah China

    BEIJING, 20 MEI - Seorang wanita yang menghunus pisau buah telah membunuh dua orang dan mencederakan empat lagi hari ini di sebuah sekolah rendah...