Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Jurulatih Utah Jazz letak jawatan

    LOS ANGELES, 7 JUN – Quin Snyder meletak jawatan sebagai jurulatih kepada pasukan Utah Jazz selepas lapan musim bersama mereka kelmarin, pasukan tersebut telah mara ke perlawanan playoff di setiap perlawanan sejak enam tahun tetapi gagal mara ke peringkat final.

    Snyder telah menyumbang kepada rekod 372-264 bersama Jazz bagi musim biasa dan menjadi ketua jurulatih kedua yang meraih banyak kemenangan dalam sejarah kelab tersebut, tetapi kekalahan Utah pada perlawanan musim lalu adalah satu kekecewaan walaupun dengan adanya Donovan Mitchell dan Rudy Gobert dalam pasukan tersebut.

    “Perkara yang mendorong saya setiap hari adalah tentang pemain kami dan keazaman mereka dengan sukan ini, keazaman mereka untuk terus maju dan memberikan dedikasi kepada ahli pasukan dan Jazz,” kata Snyder dalam satu kenyataan mengenai pemergiannya.

    “Saya berasa bahawa mereka memerlukan suara baharu untuk terus maju. Itulah dia. Tidak ada falsafah perbezaan, tiada sebab lain. Selepas lapan tahun, saya berasa bahawa inilah masanya untuk maju ke hadapan. Saya perlu mengambil masa memutuskan untuk meninggalkan pasukan pada musim ini dan memastikan bahawa keputusan tersebut adalah yang terbaik.

    Pada musim 2020 dan 2021, Jazz mencatat NBA terbaik dengan keputusan 52-20, peratus kemenangan terbaik dalam sejarah pasukan berkenaan tetapi Utah tewas kepada Los Angeles Clippers dalam pusingan kedua perlawanan playoff.

    Namun dalam beberapa musim kebelakangan ini, Jazz meraih 49-33 dan tewas kepada Dallas dalam pusingan pertama playoff.

    Snyder, warga Amerika Syarikat berusia 55 tahun, sebelum ini telah berkhidmat sebagai penolong jurulatih untuk pasukan NBA, Clippers, Philadelphia, Atlanta dan Los Angeles Lakers.

    Menurut petikan sumber ESPN, dilaporkan bahawa Mitchell, yang menandatangani kontrak lima tahun lanjutan bersama Jazz pada tahun 2020, berasa terkejut dan kecewa apabila memikirkan peninggalan Snyder dari pasukan tersebut akan menjejaskan masa hadapan pasukan Jazz. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Quin Snyder semasa perlawanan separuh masa pertama menentang Dallas Mavericks pada 23 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...