Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Kapal selam bawa 3 tan kokain dirampas

    BOGOTA, 14 MEI – Pihak berkuasa Colombia merampas sebuah kapal selam yang membawa tiga tan dadah jenis kokain di Lautan Pasifik, lapor tentera laut negara itu, semalam.

    Kapal selam sepanjang 30 meter panjang dan tiga meter lebar itu dilaporkan antara yang terbesar pernah direkodkan pihak berkuasa Colombia.

    Ia dipintas pada Selasa ketika dalam perjalanan ke Amerika Tengah, salah satu laluan paling biasa untuk penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat (AS), pengguna terbesar kokain Colombia di dunia.

    Anak kapal yang semuanya warga Colombia berusia 45, 54, dan 63 tahun yang ditahan mendakwa ‘dipaksa oleh organisasi pengedaran dadah’ untuk membawa kapal selam itu ke Amerika Tengah, kata tentera laut dalam satu kenyataan.

    “Dalam tempoh tiga dekad, tentera laut Colombia merampas 228 kapal separa tenggelam yang sarat dengan dadah, yang tidak pernah berada di dalam air sepenuhnya tetapi digunakan oleh pengedar untuk mengelak daripada dikesan oleh pengawal pantai dan pihak berkuasa lain.

    “Ada yang menuju ke AS, manakala yang lain dipintas di Atlantik menuju ke Eropah.

    “Ini adalah kapal selam narkotik terbesar Colombia yang pernah ditahan, rampasan membabitkan sejumlah AS$103 juta perdagangan dadah,” kata kenyataan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...