Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Concepts Computer sambut Aidifitri bersama kakitangan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang terus diraikan memberikan peluang kepada keluarga dan sahabat-handai untuk mengeratkan lagi hubungan.

    Concepts Computer juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kakitangan dan rakan-rakan yang berlangsung di Dewan Brilliance, Concepts Computer, Kiulap, kelmarin.

    Hadir untuk mengalu-alukan kakitangan dan para jemputan ialah Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao dan Pengawal Kewangan Concepts Computer, Alice Chan. Majlis dihasratkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan sambil meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Syarikat Concepts Computer Sdn Bhd mengadakan pejabat terbuka bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk kakitangan dan rakan-rakannya. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...