Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kawasan penangkapan ikan masih diteliti

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Perikanan pada masa ini telah melaksanakan projek-projek seperti melabuh takat tiruan dan sebagainya bagi memperkayakan lagi stok ikan di kawasan Zon 1 dan kebenaran bagi membuka lesen menangkap ikan di kawasan berkenaan masih dalam penelitian.

    Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin semasa menjawab cadangan Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Nasir berhubung kebenaran membuka lesen menangkap ikan kawasan Zon 1 bagi golongan nelayan anak-anak tempatan, semasa permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN), petang tadi.

    Dalam pada itu, Yang Berhormat Haji Sulaiman turut membentangkan isu permohonan lesen menangkap ikan di negara ini agar dapat dipermudahkan urusannya lebih-lebih lagi terdapat segelintir orang ramai yang kurang mahir dalam penggunaan permohonan secara dalam talian khususnya mereka yang terdiri daripada warga emas.

    Mengulas cadangan itu, Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan berkata bahawa pada masa ini, dua saluran permohonan telah dibukakan bagi para pemohon bukan hanya secara dalam talian bahkan kaunter-kaunter turut dibukakan di keempat-empat daerah.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...