Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    SHBIE perlu lahirkan tenaga pengajar berkemahiran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Program MTeach terus menitikberatkan evidence based practices dan professional practice and seminars melalui penempatan yang lebih lama dalam sekolah, dan penyeliaan dari school mentors dan tenaga akademik dari Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE).

    Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Rumaizah binti Haji Mohd Salleh semasa menjawab soalan-soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman berhubung keberkesanan latihan atau pengetahuan baharu yang diperolehi oleh guru-guru diaplikasikan untuk membawa perubahan positif kepada pembelajaran dalam kelas dan bagaimana ia dipantau, semasa sesi semasa permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN), pagi tadi.

    Seterusnya, mengenai peranan SHBIE dalam melahirkan guru-guru yang berkemahiran, Program MTeach di SHBIE pada masa ini sedang dalam proses semak semula oleh konsultan dari Institut Pendidikan Nasional (NIE) Singapura dan Sekolah Siswazah Pendidikan bagi memastikan pengetahuan dan proses latihan yang dilaksanakan adalah setara dengan institusi pendidikan antarabangsa yang terbaik.

    Manakala, mengenai peratus yang mendapat lima O level yang tidak jauh berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, Kementerian Pendidikan sedang dalam proses meneliti amalan-amalan terbaik daripada sistem pendidikan lain yang boleh diguna pakai untuk memastikan setiap pelajar mencapai potensi masing-masing.

    Selain itu, pelbagai usaha telah dan sedang giat dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar khususnya dalam peperiksaan BCGCE O level.

    “Salah satu inisiatif tersebut ialah mengukuhkan kemahiran literasi dan numerasi dalam kalangan pelajar khususnya di peringkat pendidikan awal kanak-kanak (ECE) dan sekolah rendah. Dengan penguasaan literasi dan numerasi yang tinggi, ia akan memberi kesan yang positif kepada pencapaian mata-mata pelajaran yang lain,” tambahnya.

    Dari aspek kurikulum dan penilaian pula, Kementerian Pendidikan sedang giat melaksanakan pensejajaran kurikulum dan piawaian serta pengukuhan sistem penilaian di sekolah rendah dan menengah khususnya bagi mata pelajaran teras untuk mempersiapkan para pelajar sebelum menduduki peperiksaan awam seperti BCGCE O level.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi (kiri) semasa mengajukan persoalan ketika sesi permesyuaratan MMN, kelmarin. – Gambar oleh Bahiyah Bakir
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...