Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Kemalangan kereta api ragut satu nyawa, 57 cedera

    MEXICO CITY, 8 JAN – Dua kereta api metro bertembung di Mexico City, membunuh seorang penumpang dan mencederakan 57 yang lain, menurut pihak berkuasa baru-baru ini.

    Rakaman televisyen menunjukkan para penumpang yang tercedera sedang dirawat di dalam ambulan susulan pertembungan tersebut, yang berlaku di Laluan Tiga utara-selatan Metro.

    “Terdapat 57 orang mangsa yang cedera, sesetengah daripadanya dengan kecederaan kecil, dan telah dibawa ke hospital. Malangnya, seorang penumpang telah meninggal dunia,” kata Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum dalam satu kenyataan ringkas dari tempat kejadian.

    “Konduktor kereta api merupakan mangsa yang mengalami kecederaan paling teruk dalam pelanggaran itu, yang berlaku di antara stesen Potrero dan La Raza,” katanya.

    Dirasmikan pada tahun 1969, perkhidmatan kereta api Metro Mexico City meliputi kawasan sepanjang 226 kilometer dengan 195 buah stesen dengan 12 laluan.

    Pihak berkuasa menganggarkan perkhidmatan tersebut telah membawa 837 juta penumpang pada tahun 2021.

    Namun, perkhidmatan tersebut sering dikritik kerana kurang diselenggara.

    Dalam kegagalan yang paling teruk, sebuah jambatan telah runtuh pada Mei 2021, yang menyebabkan 26 orang terbunuh dan mencederakan puluhan yang lain. – AFP

    Seorang mangsa yang tercedera diusung keluar setelah dua buah kereta api metro bertembung di Mexico City, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...