Wednesday, May 8, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kemudahan tidak mencukupi menjelang status ‘Negara Tua’ 2030

    PETALING JAYA, 30 SEPT – Walaupun berbaki beberapa tahun sahaja lagi sebelum Malaysia dijangka mencapai status ‘negara tua’ pada 2030, namun kemudahan untuk warga emas masih lagi tidak mencukupi, kata Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi.

    Beliau berkata persediaan yang komprehensif perlu dilaksanakan sebelum 2030 dan seluruh lapisan masyarakat perlu memainkan peranan untuk menyediakan kemudahan serta persekitaran kondusif untuk warga emas.

    “Saya berharapan lebih ramai lagi bersama-sama dalam usaha menyediakan populasi warga emas di negara kita menjadi populasi yang lebih berkeyakinan dan tidak rasa tersisih,” katanya selepas merasmikan Festival Warga Emas yang pertama kali seumpamanya diadakan, di Atria Shopping Gallery di sini hari ini.

    Jabatan Perangkaan Malaysia mengunjurkan negara dijangka mencapai status ‘negara tua’ atau ‘aged nation’ menjelang 2030 apabila 15.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara dijangkakan adalah berusia 60 tahun dan ke atas.

    Pada festival diadakan sempena sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa disambut pada 1 Okt, Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral turut melancarkan aplikasi mudah alih Amazing Seniors, khusus bagi memenuhi keperluan warga emas di Malaysia. – Bernama

    Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyampaikan ucapan pada Festival Warga Emas yang pertama kali diadakan, di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...