Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    32 sertai Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Seramai 32 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan serta syarikat-syarikat swasta iaitu Royal Brunei Culinary, Zuellig Pharma (B) Sdn Bhd dan Syarikat Taberumo Biofarm (B) Sdn Bhd telah menyertai Kursus Marsyal Bomba yang berlangsung selama tiga hari, baru-baru ini.

    Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) itu berlangsung di Bangunan Teknikal Ibu Pejabat JBP, Jalan Landasan Lama Berakas.

    Menurut JBP, ia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa bertanggungjawab serta menerapkan ilmu pengetahuan mengenai aspek keselamatan kebakaran.

    Semasa kursus itu, para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal.

    Mereka juga didedahkan mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran, mengetahui akan tindakan yang diambil apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik dan tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul.

    Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk mengadakan lawatan ke Unit Operasi Wanita.

    Peserta kursus diberikan tunjuk ajar mengenai tatacara betul penggunaan alat pemadam api. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...