Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Kereta api tergelincir cetus huru-hara di Itali

    ROM, 20 APRIL – Penumpang di seluruh Itali terkandas hari ini selepas kereta api tergelincir menyebabkan pembatalan puluhan kereta api, termasuk perkhidmatan berkelajuan tinggi antara utara dan selatan negara itu.

    Tiada siapa yang cedera apabila gerabak kereta api barang itu tergelincir dari landasan sekitar jam 2:20 pagi antara Florence dan Bologna, atas sebab yang masih dalam siasatan.

    Tetapi ia menumbangkan tiang yang menyokong kabel elektrik yang digunakan oleh kereta api, sehingga menggantung perkhidmatan merentasi rangkaian.

    Firma kereta api Itali, Trenitalia mengumumkan sekurang-kurangnya 50 pembatalan dan penangguhan sehingga tiga jam, manakala laluan lain dilencongkan.

    “Matlamatnya adalah untuk memulihkan perkhidmatan pada awal petang,” kata Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur dalam satu kenyataan.

    Kira-kira 160 penumpang terperangkap di dalam kereta api wilayah selama beberapa jam sehingga bas tiba untuk membawa mereka ke stesen di Florence. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...