Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Gempa bumi lemah di Beluran

    KUALA LUMPUR, 20 APRIL – Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Beluran, Sabah pada 9:07 pagi tadi.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) di koordinat 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur.

    “Gempa tersebut berjarak 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia,” menurut kenyataan berkenaan.

    Bagaimanapun, gempa tersebut tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...