Thursday, May 9, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Kes demam denggi meningkat tiga kali ganda di Vietnam

    HANOI, 18 MAC – Ibu negara Vietnam merekodkan sejumlah 513 kes demam denggi sejak awal tahun, tiga kali ganda berbanding tempoh yang sama pada 2023, lapor media tempatan memetik Pusat Kawalan Penyakit Hanoi kelmarin.

    Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, bandar itu telah menyaksikan peningkatan kes demam denggi, dengan purata antara 17-24 kes seminggu, lapor Vietnam News.

    Daerah seperti Dong Da, Ha Dong, Hoang Mai, Hai Ba Trung, Bac Tu Liem, Chuong My dan Thanh Xuan telah muncul sebagai kawasan panas dengan bilangan pesakit tertinggi.

    Jabatan Kesihatan bandar telah menetapkan matlamat untuk mewujudkan 100 peratus tenaga kerja kesihatan yang bekerjasama di komuniti, wad dan perbandaran untuk menyokong perlindungan, penjagaan dan peningkatan kesihatan awam.

    Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 36,795 kes demam denggi di Hanoi pada 2023 dan di Vietnam pula terdapat 43 kematian dalam kalangan lebih 172,000 kes demam denggi yang dilaporkan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...