Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Komitmen selesai isu MA63, beri sinar kepada rakyat

    KUALA LUMPUR, 14 MEI – Komitmen serta usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan isu berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh rakyat di Sabah dan Sarawak. 

    Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata agenda MA63 perlu diselesaikan berikutan sejarah pembentukan Malaysia pada 
    1957 dilihat ‘terlepas pandang’ terhadap aspirasi Sabah dan Sarawak, sehingga memberi kesan kepada pembangunan kedua-dua negeri itu.

    “Apabila ditanya tentang jawatankuasa khas MA63, Perdana Menteri Ke-10 mengatakan apa perlu jawatankuasa itu lagi, laksanakan sahaja MA63. Inilah Perdana Menteri yang kita cari. Adakah Malaysia yang sebenar telah tiba? Kebangkitan negara bangsa.

    “Bahkan, sekarang kita bangga pemimpin dari Borneo, Sarawak menjadi Timbalan Perdana Menteri, maka Malaysia adalah rumah untuk semua, kelompok majoriti sokong mereka yang minoriti dan begitu juga sebaliknya,” katanya ketika sesi Bicara Rakyat bertajuk Membina Negara Bangsa pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini. 

    Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam sesi sama berkata MCA akan sentiasa memainkan peranan sebagai ejen muhibah dan perpaduan dalam usaha mempertingkat keharmonian rakyat, demi kestabilan negara.

    “Kita mahu rapatkan hubungan antara semua kaum di Malaysia. Kita menjernihkan air yang keruh dan bukannya mengeruhkan air yang jernih.

    “Kestabilan politik sangat penting untuk dibina dan dipertahankan, kepentingan rakyat wajib diutamakan,” katanya. – Bernama

    KANAN: Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berucap pada Bicara Rakyat Sesi 2: Membina Negara Bangsa sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC-KL) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...