Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Majlis kesyukuran rai Hari Keluarga Kebangsaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Lebih 100 orang telah menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan bagi 2023 yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, kelmarin.

    Majlis anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) itu dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha-setiausaha tetap, pegawai daerah, sektor swasta, ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Ash-Shaliheen, Haji Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

    Kemudian, tazkirah bertajuk ‘Nilai-nilai Kekeluargaan Brunei: Pemedulian, Sayang-
    menyayangi, Hormat-menghormati dan Bertanggungjawab’ disampaikan oleh Penolong Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak.

    Tazkirah antara lain menekankan, Islam telah pun merangkumi nilai-nilai kekeluargaan dengan bercontohkan cara Rasulullah SAW dalam hidup berkeluarga. Turut ditekankan adalah setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.

    Acara diteruskan dengan solat Fardu Asar berjemaah dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, doa terhindar daripada wabak COVID-19, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa Hari Keluarga.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat majlis.
    Majlis diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Haji Izzat.
    1. Lebih kurang 100 orang menghadiri majlis berkenaan yang berlangsung di masjid Ash Shaliheen.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...