Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Skuad badminton Malaysia menang selesa

    KUALA LUMPUR, 14 MEI – Malaysia memulakan kempen kejohanan badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China dengan langkah kanan apabila menewaskan Australia 5-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C, hari ini.

    Rentak kecemerlangan skuad Malaysia yang merupakan pilihan keempat kejohanan bermula apabila beregu campuran yang berada di ranking kelapan dunia Goh Soon Huat- Lai Shevon Jemie menewaskan gandingan Kenneth Zhee Choo-Gronya Someville 21-17,21-14 dalam masa 28 minit untuk mata pertama Malaysia.

    Perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia kemudian menepati ramalan apabila mudah mengutip mata kedua selepas mengalahkan Ricky Tang, 21-3, 21-13 dalam tempoh 25 minit.

    Sementara itu perseorangan wanita K. Letshanaa turut menyumbang mata ketiga skuad Malaysia apabila membenam Tiffany Ho, 21-19, 21-12.

    Skuad Malaysia mengutip mata keempat menerusi juara dunia, beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menang mudah ke atas pasangan Rayne Wang-Jack Yu, 21-7, 21-14 dalam masa 24 minit sahaja.

    Dalam saingan akhir, beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah melengkapkan kemenangan 5-0 Malaysia selepas mengalahkan Kaitlyn Ea-Gronya Somerville, 21-12, 21-13.

    Sementara itu India memulakan kempen dengan perlawanan bertemu Taiwan dan setakat ini sedang mendahului 4-0 dalam kumpulan sama.

    Malaysia bakal berdepan India pada pukul 5 petang esok manakala Taiwan pula menentang Australia juga esok bermula pukul 10 pagi waktu tempatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...