Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Korea Selatan keluarkan amaran salji tebal

    SEOUL, 9 JAN – Amaran salji tebal dikeluarkan di bahagian tengah Korea Selatan hari ini, dengan amaran salji yang dikeluarkan oleh kerajaan dinaik taraf.

    Amaran salji lebat dikeluarkan kepada wilayah metropolitan, termasuk Seoul, bandar pelabuhan barat Incheon dan wilayah sekitar Gyeonggi, serta wilayah Gangwon di bahagian timur, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

    Amaran dikeluarkan apabila salji dijangka mencapai 5cm atau lebih dalam 24 jam.

    Kementerian menaikkan tahap amaran salji dari ‘perhatian’ kepada ‘berwaspada’ dalam usaha untuk menangani kemungkinan berlakunya kerosakan.

    Turunan salji hingga 10cm dijangka turun di rantau metropolitan, manakala wilayah Gangwon diramalkan menyaksikan turunan salji sehingga 15cm sehingga Rabu.

    Kawasan lain di negara ini diramalkan akan dipengaruhi oleh awan salji kemudian pada hari itu.- Xinhua

    Gambar fail AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...