Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Pemilik TikTok ByteDance dalam perbincangan untuk menjual cabang permainan

    BEIJING, 9 JAN – Pemilik TikTok, ByteDance sedang berbincang dengan pembeli termasuk gergasi teknologi China Tencent untuk menjual cabang permainannya, kata jurucakap syarikat pada hari ini, ketika ia berusaha untuk melepaskan aset yang pernah menjanjikan dalam sektor yang sangat kompetitif.

    Perbincangan itu akan menyaksikan firma itu menjual Nuverse, penerbit permainan video yang merupakan anak syarikat ByteDance yang berpangkalan di Beijing.

    Nuverse pernah dilihat oleh firma itu sebagai komponen penting dalam usahanya untuk mengejar Tencent, peneraju dalam industri permainan global dan salah satu konglomerat media terbesar di China.

    Usaha untuk mencapai perjanjian masih diteruskan, jurucakap itu memberitahu AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    Perkembangan itu berlaku selepas ByteDance membuat pengurangan besar-besaran kepada bahagian permainannya pada November lalu, termasuk satu pusingan pemberhentian yang memotong ratusan pekerjaan.

    Langkah itu menandakan pengunduran daripada sektor kompetitif – bernilai AS$42.2 bilion tahun lepas, menurut angka rasmi – selepas Nuverse gagal mencapai kejayaan komersial yang diharapkan oleh ByteDance pada masa pelancarannya pada tahun 2019.

    China ialah pasaran permainan terbesar di dunia, dan Tencent ialah peneraju global dalam sektor tersebut dari segi pendapatan.

    Tetapi ia telah menghadapi cabaran yang semakin meningkat apabila pihak berkuasa mengenakan sekatan yang lebih ketat ke atas permainan, terutamanya untuk golongan muda. – AFP

    – ANN/China Daily
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...