Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    7 maut, 23 cedera dalam kemalangan di Iran

    TEHRAN, 9 JAN – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 23 yang lain cedera dalam kemalangan antara sebuah bas dan dua trak di wilayah barat Iran Lorestan hari ini, lapor agensi berita Fars.

    Antara yang cedera dalam nahas itu, yang berlaku pada awal pagi di lebuh raya antara Khorramabad dan Daerah Borujerd, lapan masih menerima rawatan perubatan di hospital, dan selebihnya telah dibenarkan keluar, Fars memetik Mohsen Adinehvand, ketua organisasi kecemasan perubatan wilayah, sebagai berkata.

    Menjelaskan punca kemalangan itu, Mohammad Zarei, ketua polis trafik wilayah, mengongsikan bahawa bas dipandu dengan laju dan kegagalan pemandu untuk mengawal kenderaan itu, menurut agensi berita IRIB Iran. – Xinhua

    Gambar hiasan.- Gambar fail AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah ditutup di Manipur, India susulan hujan lebat

    NEW DELHI, 6 MEI - Semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan kolej akan kekal ditutup di negeri Manipur, timur laut India sehingga esok berikutan...