Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    Korea Selatan tidak akan beraksi di Olimpik

    DOHA, 26 APRIL – Indonesia menundukkan Korea Selatan dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat permainan dalam suku akhir Piala Asia B23 kelmarin.

    Pertandingan ini juga sebagai penentu kelayakan ke Sukan Olimpik Paris. Tiga pasukan teratas daripada pasukan B23 Piala Asia akan secara automatik layak ke Olimpik sementara pasukan di kedudukan keempat akan beraksi dalam perlawanan penentuan menentang Guinea untuk slot terakhir ke Olimpik.

    Dalam aksi pertamanya pada pertandingan ini, skuad Indonesia mara ke separuh akhir.

    Kekalahan Korea Selatan bermakna mereka terlepas peluang ke Olimpik buat julung kalinya dalam masa 40 tahun, kata Xinhua.

    Indonesia mendahului dengan jaringan Rafael Struick pada minit ke-15.

    Bagaimanapun, pendahuluan itu berakhir dan Korea Selatan menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Komang Teguh sebelum berakhir babak pertama. Kemudian Struick menjaringkan gol keduanya pada penamat separuh masa pertama.

    Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi Jeong Sang-bin, biarpun Korea Selatan hanya beraksi dengan 10 orang selepas Lee Young-jun dilayangkan kad merah pada minit ke-70. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...