Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Projek Big Kem anjur larian keluarga

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 26 APRIL – Projek Big Kem dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Belait akan menganjurkan Big Kem Family Run sempena sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Brunei pada 12 Mei.

    Acara itu akan diadakan di Kompleks Sukan Mumong, yang terdiri daripada tiga kategori termasuk fun run sejauh 2km, larian 5km dan larian 10km.

    Pelari boleh berlari bersama ahli keluarga atau rakan-rakan untuk mendapatkan diskaun kumpulan atau berlari secara solo.

    Semua peringkat umur dialu-alukan untuk menyertai acara tersebut, termasuk kanak-kanak. Setiap pelari akan menerima baju-t acara, bib larian dan pingat penamat.

    Tiga pelari terbaik dalam kategori 5km dan 10km akan menerima hadiah tambahan sebagai pemenang acara tersebut.

    Ia juga akan menjadi acara mengumpul dana untuk Persatuan REDHA dan Harapan Anakku, di mana setiap $5 daripada yuran pendaftaran akan didermakan kepada Persatuan REDHA yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan tempatan yang komited terhadap misi memperkasakan individu berkeperluan khas dan menggalakkan inklusiviti dalam masyarakat.

    Selain itu, setiap pelari Big Kem juga akan mendapat BruPoints bagi mereka yang mendaftar ke aplikasi BruHealth bermula daripada 150 mata pada hari perlumbaan. Pelari boleh menebus hadiah melalui BruPoints Mall dengan mata yang dikumpul.

    Borang pendaftaran boleh didapati di Kompleks Sukan Mumong atau diisi melalui laman web.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...