Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Lagi emas untuk Brunei

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Zulkernean bin Haji Tohara sekali lagi membawa nama Brunei ke persada antarabangsa selepas memenangi pingat emas dalam Siri Rantau Asia Tenggara Spartan 2022, Ho Chi Minh, Vietnam, baru-baru ini.

    Dia mendapat tempat pertama dalam kategori kumpulan umur 50 hingga 54 tahun dengan markah 2,470.4 mata. Manakala Benjamin Jr Belamirno mendapat tempat kedua dengan 1,499.7 mata, diikuti Paul Van Slyke di tempat ketiga dengan 1,000 mata.

    Kejohanan ini merupakan pertandingan yang berasaskan markah terkumpul yang diadakan di empat buah negara di sekitar Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, dan terakhir sekali di Vietnam. Zulkernean juga berjaya memenangi pingat gangsa di Malaysia dan Thailand.

    Zulkernean bergambar bersama pingat yang dimenanginya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...