Tuesday, April 30, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Laos letupkan 227kg bom waktu perang

    VIENTIANE, 16 MAC – Program Kelengkapan Bom Tidak Meletup Nasional Laos (UNO Lao) telah meletupkan 227kg bom yang ditinggalkan semasa perang di kampung Namxuan, daerah Phouvong di selatan wilayah Attapeu.

    “Operasi penghapusan bom itu dijalankan selepas menerima laporan daripada pihak berkuasa kampung Namxuan,” kata Timbalan Koordinator Projek Pelupusan UXO di wilayah Attapeu, Xaysetha Phosalath.

    Pasukan pembersihan UXO wilayah menugaskan pasukan teknikal untuk meninjau tapak itu dan mengumpulkan maklumat untuk menilai potensi bahaya, menurut laporan Radio Nasional Laos kelmarin.

    Dalam kes bom besar, tiga pasukan operasi telah dibentuk, terdiri daripada 27 orang.

    Mereka menggunakan 9,000 karung besar yang mereka tempatkan sekitar bom di bawah kedalaman 2 meter, menggali lubang lebih satu meter lebar.

    Di samping menekankan keselamatan, anggota pasukan juga ditempatkan di 10 lokasi dalam lingkungan sekitar tapak tersebut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...