Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Barca setuju perjanjian penajaan bersama Sportify

    MADRID, 16 MAC – Barcelona kelmarin mengumumkan bahawa Spotify akan menjadi penaja utama kelab tersebut pada musim hadapan, dan stadium kelab akan dijenamakan semula sebagai Spotify Camp Nou bermula Julai.

    Sportify akan dipaparkan pada baju bahagian depan pasukan lelaki dan wanita untuk empat musim dan di baju latihan kelab selama tiga musim. Barca tidak mengesahkan jumlah perjanjian penajaan tersebut namun laporan memberitahu bahawa kelab mungkin menerima sehingga 300 juta euro bagi tempoh empat tahun.

    Sportify akan menggantikan Rakuten, syarikat e-dagang Jepun, sebagai penaja utama Barcelona. Perjanjian Rakuten bermula 2017 sebelum disambung semula pada 2020 sehingga penghujung musim ini.

    Presiden kelab, Joan Laporta menggelar perjanjian bersama Sportify sebagai kerjasama ‘pelopor’ dengan ‘organisasi terkenal dunia’.

    Barcelona memberitahu bahawa Sportify akan menjadi penaja utama mereka untuk tempoh empat tahun bermula musim hadapan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...