Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lari 100 maraton demi iklim

    PARIS, 28 NOV – Seorang lelaki warga Perancis berusia 30 tahun berlari dalam 100 maraton untuk memupuk kesedaran mengenai jejak karbon yang ditinggalkan oleh acara sukan besar.

    “Saya lakukan kepada badan saya apa yang kami lakukan kepada planet,” beritahu Nicolas Vandenelsken, yang menggelar dirinya ‘pengembara ekologi’, kepada AFP ketika dia tiba di Paris dalam maraton ke-84, setelah merentasi 10 rantau sejak 3 September.

    Jadual maraton sejauh 42.2 kilometer menyerupai bentuk jantung apabila dilihat di peta Perancis. Vandenelsken – seorang aktivis dalam dua persatuan yang didedikasikan kepada kesedaran iklim dalam sukan – telah bertemu kanak-kanak, persatuan dan petani sepanjang acara itu.

    Doktor memeriksa keadaan Vandenelsken sebelum memulakan maraton dan dia memberitahu AFP ‘dengan kekuatan mental dan latihan saya, saya mampu mengharunginya.’

    Namun beliau menambah, “Saya tidak akan menasihati sesiapa untuk berlari 100 maraton dalam 100 hari kerana kesan dalam sendi tulang akan terasa dalam lima atau 10 tahun akan datang.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...