Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Lebih 700 dibebaskan selepas Iran menewaskan Wales

    TEHRAN, 28 NOV – Iran telah membebaskan lebih 700 banduan selepas kemenangan bola sepak Piala Dunia pasukan kebangsaan menentang Wales, menurut laman web badan kehakiman Mizan Online hari ini.

    Ia mengumumkan bahawa ‘709 tahanan dibebaskan dari penjara berbeza di negara ini’ berikutan kemenangan 2-0 pada hari Jumaat.

    Antara banduan berkenaan ialah ‘mereka yang ditangkap semasa kejadian baru-baru ini,” kata Mizan Online, merujuk secara tidak langsung kepada demonstrasi yang telah menggegarkan Iran selama lebih dua bulan.

    Protes yang berterusan itu dicetuskan oleh kematian Mahsa Amini, 22, yang berlaku 16 September semasa dalam tahanan oleh polis moral kerana dakwaan melanggar peraturan ketat pakaian Iran untuk wanita. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba punca ratusan ribu ikan mati

    DONG NAI, 2 MEI - Beratus ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan oleh gelombang panas dan pengurusan...