Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sukan Asia Hangzhou lancar ‘pembawa obor digital’

    HANGZHOU, 28 NOV – Penganjur Sukan Asia Hangzhou pada Ahad mengadakan majlis sambutan sempena kiraan detik 300 hari menjelang penganjuran sukan itu pada 2023.

    Jawatankuasa penganjur turut melancarkan ‘pembawa obor digital’ Sukan Asia.

    Ketua Pengarah Majlis Olimpik Asia (OCA), Husain Al-Musallam ketika menyampaikan ucapan menerusi pautan video turut mempelawa tetamu dari seluruh dunia untuk bersama-sama turut serta dalam aktiviti itu.

    Menurut pihak penganjur, pembawa obor digital merujuk kepada identiti digital yang dimiliki individu dalam dunia Sukan Asia digital. Ia juga akan membolehkan serta menarik lebih ramai untuk menyertai Sukan Asia.

    Difahamkan, warganet dari seluruh dunia boleh menjadi pembawa obor digital Sukan Asia dengan menyertai aktiviti seperti ‘Sayangi Sukan, Sayangi Kesejahteraan Awam dan Sayangi Hijau’ melalui aplikasi rasmi Sukan Asia Hangzhou. – Bernama

    Sukan Asia Hangzhou bakal dianjurkan pada 2023 – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...