Monday, May 6, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    LTHH sumbang lebih $50,000

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Lapan buah sekolah Tionghoa dan sebuah persatuan telah menerima sumbangan berjumlah $52,000 daripada Lim Teck Hoo Holdings Sdn Bhd (LTHH), hari ini.

    Penyampaian sumbangan yang berlangsung di LTHH, Jalan Padang itu merupakan usaha syarikat untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan mendapatkan pendidikan yang baik serta menyokong usaha sekolah-sekolah Tionghoa memberikan suasana pendidikan yang selesa bagi pelajar-pelajarnya.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada penerima-penerima ialah Ketua Pegawai Eksekutif LTHH, Dato Paduka Lim Beng Thai bersama adik-beradiknya.

    Turut hadir ialah wakil-wakil dari lapan buah sekolah serta sebuah persatuan yang menerima sumbangan.

    Sumbangan berjumlah $50,000 disampaikan kepada lapan buah sekolah berkenaan manakala sumbangan berjumlah $2,000 disampaikan kepada Persatuan Catur Brunei.

    Ia merupakan amanat daripada mendiang Pehin Datu Temanggong Dato Paduka Lim Teck Hoo dan isteri sebagai usaha berterusan untuk menyokong pendidikan di sekolah-sekolah Tionghoa di seluruh negara.

    Majlis menyaksikan sebanyak $20,000 disumbangkan kepada Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan; $10,000 untuk Sekolah Menengah Chung Ching, Seria;

    $10,000 untuk Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait dan masing-masing $2,000 untuk Sekolah Chung Hwa, Labi, Sekolah Chung Lian, Sekolah Chung Hwa, Tutong, Sekolah Chung Hwa, Kiudang dan Sekolah Pai Yuek, Temburong.

    Dato Paduka Lim Beng Thai (kiri) bersama adik-beradiknya menyampaikan sumbangan kepada wakil Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB pada majlis yang berlangsung di LTHH, Jalan Padang, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...